Sunday, November 16, 2008

Motivasi untuk semua

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera


Buat pertama kali, setelah beberapa lama menceburkan diri dalam bidang ini; akhirnya kami berjaya bersepakat menjayakan sebuah syarikat NURDEEN MANAGEMENT bagi memenuhi permintaan dalam bidang motivasi, kerjaya, psikologi, persembahan dan pengucapan awam.
Kami rasa terpanggil untuk menceburi bidang ini apabila melihat banyak organisasi yang terlalu mementingkan keuntungan sehingga mengabaikan anak bangsa yang miskin, susah dan yang tidak berpeluang mengikuti kursus-kursus motivasi kerana faktor kewangan.
Prinsip kami ialah untuk mengutamakan golongan yang memerlukan kursus-kursus pembangunan insan dan motivasi ini dengan kadar yuran yang cukup minimum di samping memberi kursus percuma kepada insan dhaif yang memerlukan.
Sebelum ini, ramai tenaga kami yang terlibat secara individu dalam menjalankan taklimat, ceramah dan menjadi fasilitator dalam program motivasi dan kerjaya. Sudah sampai masanya untuk semua tenaga ini digabung jalinkan bagi mencapai hasrat membangunkan anak bangsa ke arah kebaikan dunia dan akhirat. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan, pendapat dan undangan program bagi mengerakkan lagi syarikat kami ini.
Moga Allah melimpahkan keberkatan, kemudahan dan ilham dalam usaha meneruskan dakwah bagi membantu anak bangsa berjaya menjadi insan yang berkualiti dan berperibadi sejati menerusi motivasi, pembinaan insan, kerjaya dan penguasaan teknik persembahan yang kami anjurkan.
Hubungi kami Pn Hjh Nur : 017- 3629686 dan Pn Wani: 013-3851202

1 comment:

Che Mid said...

Alhamdulillah dan tahniah kepada Nurdeen Management. Saya berminat untuk menjadi fasi atau penceramah dengan pihak anda. Kini saya adalah free lance trainer dan boleh di hubungi di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459. Terima kasih