Sunday, November 30, 2008

PROGRAM MOTIVASI ANAK SOLEH

PROGRAM MOTIVASI ANAK SOLEH Bersama Nazrey Johani (ex Raihan)
Tarikh : 20 Dis 08 (Sabtu)
Masa : 8 pg – 6 ptg
Tempat : Surau As Sobirin , Taman Tuanku Jaafar Fasa 3 , Seremban
Terbuka kepada pelajar lelaki/perempuan 7 – 17 tahun
Yuran : RM 20
Hubungi :
Pn Wani 013-3851202 , Pn Hjh Nurciana 017-3629686 , Pn Mashitah 019-2655059
Anjuran: Surau As-Sobirin bersama Nurdeen Management

Friday, November 21, 2008

Buat pertama kali diusia 32tahun saya berpeluang beramah mesra dan berbual dengan 45orang banduan dalam program “Masih Ada Yang Sayang” yang dianjurkan oleh Mahasiswi Fakulti Pengajian Islam UKM dan Jabatan Penjara Wanita , Kajang. Alhamdulillah, wakil Nurdeen Management telah dijemput untuk memberi ceramah kepada banduan wanita dalam sesi tersebut. Dari satu pintu ke satu pintu dan akhirkan setelah melalui 6 tirai besi, barulah saya sampai ke bilik khas untuk program tersebut. Sedih, pilu, sayu apabila saya memandang wajah-wajah banduan wanita dihadapan saya ketika itu. Kesemua mereka ibarat adik, teman sebaya,kakak dan ibu kepada saya. Wajah keibuan dan keinsafan jelas terpancar di wajah mereka. Apabila saya sentuh tentang tanggungjawab wanita sebagai seorang ibu, lantas ceritakan pengalaman sebagai seorang ibu….di waktu itu kami sama-sama tersedu-sedu. Saya rindukan anak-anak yang telah 5 hari ditinggalkan dan saya dapat gambarkan perasaan mereka yang telah berbulan malahan bertahun tidak menatap wajah si anak.
Selepas program, kami dibawa melawat sekitar penjara dan juga melawat bilik-bilik kemahiran kreatif yang diusahakan oleh banduan wanita seperti kraftangan, batik, masakan, spa, jahitan dll. Saya cukup tertarik dengan hasil sulaman bakul dan kraftangan yang dibuat dari keratan majalah terpakai. Sempat juga saya membeli sebuah pasu berharga RM7 sebagai kenangan cenderahati yang diusahakan sendiri oleh banduan wanita disini. Ada juga produk frozen food dan menurut mereka kesemua hasil produk tersebut di pasarkan di pasaraya Mydeen.
Sebelum berpisah, kami bersalaman dan berpelukan. Saya mendoakan agar semua banduan wanita ini beroleh hidayah, kekuatan dan kesalabaran menghadapi dugaan sepanjang di penjara. Didoakan juga agar mereka beroleh kecekalan hati dan ketabahan berhadapan dengan keluarga dan masyarakat apabila keluar kelak. Tahniah kepada adik2x mahasiswi Pengajian Islam UKM yang telah berjaya menganjurkan program ini. Terima kasih kepada pegawai dan warden penjara Pn Wahida, Pn Atiqah dan Ustazah Shidah yang telah banyak membantu banduan-banduan di sini memahami dan mempelajari agama Islam serta mendekatkan diri kepada Allah. Semoga Allah membalas jasa kalian semua yang berusaha berdakwah dan menyedarkan banduan disini. Satu pengalaman berharga yang tidak mungkin saya lupakan.

Wednesday, November 19, 2008

Program : Masih Ada Yang Sayang

Tarikh : 21 November 2008 bersamaan 23 Zulkaedah 1429H
Masa : 8 pagi hingga 5 petang
Tempat : Penjara Wanita Kajang
Slot Bengkel : 2.15 petang hingga 4.00 petang
Tajuk : Bengkel Kaunseling – Masih Ada Sinar Untukmu
Penceramah : Pn Nur (Nurdeen Management)
Sasaran : Banduan Wanita Warganegara Malaysia (Kategori Kesalahan Umum) (21 tahun hingga 40 tahun)

Sunday, November 16, 2008

Motivasi untuk semua

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera


Buat pertama kali, setelah beberapa lama menceburkan diri dalam bidang ini; akhirnya kami berjaya bersepakat menjayakan sebuah syarikat NURDEEN MANAGEMENT bagi memenuhi permintaan dalam bidang motivasi, kerjaya, psikologi, persembahan dan pengucapan awam.
Kami rasa terpanggil untuk menceburi bidang ini apabila melihat banyak organisasi yang terlalu mementingkan keuntungan sehingga mengabaikan anak bangsa yang miskin, susah dan yang tidak berpeluang mengikuti kursus-kursus motivasi kerana faktor kewangan.
Prinsip kami ialah untuk mengutamakan golongan yang memerlukan kursus-kursus pembangunan insan dan motivasi ini dengan kadar yuran yang cukup minimum di samping memberi kursus percuma kepada insan dhaif yang memerlukan.
Sebelum ini, ramai tenaga kami yang terlibat secara individu dalam menjalankan taklimat, ceramah dan menjadi fasilitator dalam program motivasi dan kerjaya. Sudah sampai masanya untuk semua tenaga ini digabung jalinkan bagi mencapai hasrat membangunkan anak bangsa ke arah kebaikan dunia dan akhirat. Kami mengalu-alukan sebarang cadangan, pendapat dan undangan program bagi mengerakkan lagi syarikat kami ini.
Moga Allah melimpahkan keberkatan, kemudahan dan ilham dalam usaha meneruskan dakwah bagi membantu anak bangsa berjaya menjadi insan yang berkualiti dan berperibadi sejati menerusi motivasi, pembinaan insan, kerjaya dan penguasaan teknik persembahan yang kami anjurkan.
Hubungi kami Pn Hjh Nur : 017- 3629686 dan Pn Wani: 013-3851202